Koleksi Tutorial Jahitan
Sunday, June 30, 2024
Monday, July 10, 2023
Cara jahit lipatan kelim (hem) dengan menggunakan mesin jahit.
Cara jahit lipatan kelim (hem) dengan menggunakan mesin jahit:
*gunakan benang warna sama dengan kain untuk dapatkan jahitan tersembunyi.
1) Lipat bahagian kelim (hem) seperti yang dikehendaki dan seterika.
2) Lipat kelim yang telah diseterika ke arah luar dengan hujung lipatan kelim terkeluar anggaran 1cm.
3) Pilih jahitan bergerigi seperti dalam gambar pada mesin jahit. Set lebar jahitan lebih besar.
4) Jahit. Pastikan hujung gerigi paling lebar sahaja yang mengenai tepi lipatan kelim.
5) Buka lipatan (no.2), terbalikkan dan seterika.
Siap.
Semoga bermanfaat.
Video rujukan:
Saturday, July 1, 2023
Tutorial Jahitan Slit (belahan) - kaedah binding
Tutorial Jahitan Slit (belahan) - kaedah binding
Ada beberapa cara untuk jahit slit (belahan kain pada bawah baju atau lengan). Salah satu cara adalah kaedah binding.
Kaedah binding menggunakan kun / potongan kain untuk kemasan pada bahagian dalam slit.
Cara jahit slit kaedah binding boleh rujuk dalam video di bawah.
Semoga bermanfaat.
Friday, June 30, 2023
Jahitan Tindih Kasih (jahitan sambung kain sarung/jeans
Jahitan tindih kasih selalu digunakan untuk jahit kain sarung dan sambungan kain tebal seperti jeans.
Jahitan jenis ini kuat dan kemas.
Cara jahit tindih kasih boleh rujuk dalam video di bawah.
Semoga bermanfaat.
Tuesday, June 13, 2023
Ubahsuai muka telekung - pola awning & lapik dagu telekung
Untuk atasi masalah sempit, ambil ukuran lilitan muka (sekeliling dagu -kepala). Gunakan ukuran ini untuk tentukan ukuran bukaan muka telekung.
Untuk keselesaan, tambah awning bergetah dan tukar lapik dagu bentuk semi bulat.
Telekung asal tiada awning atau getah di atas kepala. Bukaan muka telekung 24".
Ukuran lilitan muka empunya telekung adalah 25.5". Jadi beliau akan rasa sempit dan tidak selesa dengan ukuran telekung sedia ada.
Di atas adalah gambaran pola awning telekung bergetah berserta pola lapik dagu. Tanda tiga titik adalah tanda bahagian lipatan kain.
Warna biru adalah tanda jahitan untuk getah. Ubahsuai telekung di atas guna getah saiz 8 cords sepanjang 9".
Jenis kain yang digunakan dalam ubahsuai ini adalah Toyobo cotton. Boleh guna apa-apa jenis kain yang besesuaian dengan material telekung sedia ada.
Langkah ubahsuai telekung :
1) Potong kain ikut pola awning dan lapik dagu. Tandakan/snip tengah-tengah bahagian melengkung untuk rujukan. Jahit getah pada bahagian dalam awning. Ketepikan.
2) Tetas dan keluarkan sambungan lapik dagu, tali dan border lace. Tetas lebih sedikit sambungan bahagian dagu.
3) Tandakan/snip bahagian lipatan atas telekung untuk rujukan.
4) Tandakan ukuran ukurlilit muka bahagi dua dari lipatan atas telekung ke bahagian sambungan dagu. Jahit sambung bahagian yang di tanda ke bawah.
5) Sambungkan awning. Temukan bahagian luar dengan bahagian luar pada tanda/snip lengkungan awning dengan tanda/snip pada bahagian lipatan atas telekung. Pinkan sambungan. Jahit dari tengah ke tepi, dari tengah ke tepi.
6) Jahit tali pada kedudukan 2" dari hujung awning. Buat kedua-dua bahagian.
7) Sambungkan lapik dagu. Temukan bahagian luar dengan bahagian luar pada tanda/snip lengkungan lapik dagu dengan titik pertemuan sambungan jahitan. Pinkan sambungan. Jahit dari tengah ke tepi, dari tengah ke tepi.
8) Jahit tepi sekeliling awning dan lapik dagu.
9) Jahit tindih sekeling muka. Jahit hiasan lace jika suka.
Siap
Wednesday, May 31, 2023
Pola Baju Kurung Tradisional - Baju Kurung Pesak Buluh
Monday, May 15, 2023
Pola Princess Cut
Thursday, February 2, 2023
Teknik Mudah Jahit Placket & Cuff (Cekak Lengan Kemeja)
Rujuk video di bawah untuk teknik paling mudah jahit placket & cuff pada hujung lengan baju kemeja lengan panjang.
Thursday, December 15, 2022
Pola Seluar Slack Belakang Getah
Pola Seluar Slack Getah Belakang (Seluar Baju Melayu)
Langkah titik demi titik lakaran pola seluar slack getah belakang. Pattern ini selalu dipakai buat seluar baju Melayu.