Kain lining boleh guna kain pongee, habutai silk atau apa-apa fabrik yang nipis atau sejuk.
Video asal tutorial ini adalah dari India, jadi slang percakapan & penggunaan bahasa Inggerisnya ada yg kurang jelas. Apa2 pun isi yang nak disampaikan tu boleh difahami :-)
Suka tengok tutorial jahit skirt separa getah berpoket madebyaya ni. Nampak terperinci.
Skirt ni sesuai dibuat menggunakan kain yang tidak memeri seperti cotton linen, kain jalur, denim & sb line.
Pola Asas Baju Wanita (Blouse/ Baju Kurung Moden) - dengan dart (lisu) di pinggang dan di sisi
Bahagian 1 : Ukuran Badan Bahagian 2 : Pola Hadapan & Pola Belakang Bahagian 3: Pola Lengan
Bahagian 1 : Ukuran Badan
Pecahan bahagian video mengikut masa tayangan: 0:20 Ukuran bahagian leher (neck) 1:20 Ukuran bahagian ketiak (armhole) 2:00 Ukuran bahagian dada (bust) 3:09Ukuran bahagian pinggang (waist) 4:12 Ukuran bahagian pinggul (hip) 4:52 Ukuran bahagian lengan (arm) 5:42 Ukuran bahu (shoulder) 6:06 Ukuran bahagian belakang (back)
Bahagian 2 : Pola Hadapan & Pola Belakang
Pecahan bahagian video mengikut masa tayangan:
0:15
Peralatan yang diperlukan
0:42
Rangka lukis pola baju bahagian hadapan
7:29
Rangka lukis dart (lisu) bahagian hadapan
10:04
Rangka lukis pola baju bahagian belakang
10:22
Rangka lukis dart (lisu) bahagian belakang
Bahagian 4: Pola Lengan
Pecahan bahagian video mengikut masa tayangan: 0:38 Rangka lukis pola lengan 5:42 Lengkung lengan bahagian hadapan 7:40 Lengkung lengan bahagian belakang 10:02 Tambahan basi (seam allowance)
Beg Dompet Mini Envelop ini sangat comel.
Saiz 12cm x 8.5 cm
Muat masuk poket dan mudah dibawa kemana-mana.
Ada 7 poket untuk kad, 1 poket berzip untuk duit syiling dan 1 poket untuk duit kertas.
Saya telah cuba buat guna kain tafetta velvet untuk bahagian luar dan kain belacu untuk bahagian dalam. Hasil bentuk sama seperti yang ditunjukkan dalam tutorial ini tapi jahitan kurang kemas disebabkan mesin jahit saya kurang berkuasa untuk jahit kain yang tebal.
Jadi untuk dapatkan hasil jahitan yang kemas seperti dalam tutorial ini, guna kain lining yang nipis seperti kain pongee , voile cotton atau habutai silk. Jika mahu lining dengan kain yang tidak nipis, perlu guna mesin jahit heavy duty dan jarum yang mampu jahit kain tebal.
Projek Jahit Beg Dompet Mini Envelop ini boleh juga guna kain perca lebihan dari projek jahitan lain atau guna kain pakaian yang sudah tidak mahu dipakai. Tak banyak kain yang digunakan.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Kain
bahagian luar
26cm×14cm (10¼″×5½″) - 1 helai
bahagian dalam (lining)
26cm×14cm (10¼″×5½″) - 1 helai
Lembaran A
19cm×13cm (7½″×5⅛″) - 1 helai
Lembaran B
9.5cm×13cm (3¾″×5⅛″) - 1 helai
Lembaran C
10.5cm×13cm (4⅛″×5⅛″) - 1 helai
Lembaran D
16cm×13cm (6¼″×5⅛″) - 1 helai
Lembaran E (poket kad)
8.5cm×41cm (3⅜″×16¼″) - 2 helai
Lembaran F
8.5cm×13cm (3⅜″×5⅛″) - 1 helai
Lembaran G
21.5cm×13cm (8½″×5⅛″) - 1 helai
Zip 10cm(4″) zipper - 1 unit
(sedikit perca untuk jahit kiri &kanan zip)
Pelapik interfacing
- 12cm x 24cm - 1 helai
- 6.5cm x 11cm - 2 helai
- 6.5cm x 7cm - 2 helai
- 6.5cm x 1.5cm - 2 helai
1 set butang bermagnet.
(boleh juga guna perekat lain seperti velcro, butang katup dll)
Aksesori jika suka - D ring & sedikit perca untuk pegang ring.
Rujuk video di bawah untuk Tutorial Jahit Beg Dompet Mini Envelop
Beg Sandang Berzip BS01 (Sling Bag) dalam gambar di atas di perbuat daripada kain belacu. Beg ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. Untuk yang kreatif, boleh lukis atau tambah apa-apa hiasan pada beg ini untuk menaikkan seri.
Ukuran beg : 10"lebar depan x 7"tinggi x 3"lebar tepi
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1m Kain belacu bidang 60"
- Interfacing fabric (kain lapik yang biasa digunakan untuk buat kolar)
- 15" zip
- aksesori beg (2 buckle 1" untuk sambung tali, 1 buckle 1" untuk laras panjang tali)
*untuk tali boleh cabut tambah 2 lobster clasp, tukar buckle petak kepada buckle bentuk D
Pola beg untuk ukuran di atas:
Kain dilipat empat dan potong ikut pola
- 2 helai kain belacu
- 1 helai interfacing fabric
Bukaan pola akan dapat seperti berikut:
- Lekatkan salah satu kain belacu dengan interfacing yang telah dipotong. Kain ini akan jadi bahagian luar beg manakala satu lagi jadi lining dalam beg.
Pola untuk poket:
Untuk poket di bahagian luar dan dalam; potong kain belacu ikut ukuran di atas sebanyak 4 helai.
Jahit kelim 0.5cm pada salah satu bahagian yang panjang.
Selepas jahit kelim, lipat anggaran 0.5cm bahagian sisi lain arah lipatan kelim dan seterika.
Bahagian ini akan dijahit pada kain yang telah dipotong sebelum ini untuk jadikan poket.
Jahit 2 poket pada kedua-dua kain (luar dan lining) seperti dalam gambar.
Pola untuk buckle sambung tali:
Potong kain 10cm x 7cm sebanyak 2 keping.
Lipat suku, lipat separuh dan jahit tepi, ikut seperti gambarajah.
Jahit tali buckle pada kain bahagian luar beg seperti gambarajah di bawah.
Langkah seterusnya, untuk teknik jahit zip dan sambungan beg boleh rujuk di dalam video di bawah. *Ukuran beg dalam video ini tidak sama tapi teknik untuk jahit adalah sama.
Untuk tali:
Potong kain 10cm x 150cm, ulang langkah yang sama seperti gambarajah (cuma tali lebih panjang).
Jahit sambung tali pada buckle yang telah dipasang pada beg.