Tuesday, August 28, 2018

Tutorial Jahit : Beg Sandang Berzip BS01 (Sling Bag)


Beg Sandang Berzip BS01 (Sling Bag) dalam gambar di atas di perbuat daripada kain belacu. Beg ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita.  Untuk yang kreatif, boleh lukis atau tambah apa-apa hiasan pada beg ini untuk menaikkan seri.

Ukuran beg : 10"lebar depan x 7"tinggi x 3"lebar tepi


Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1m Kain belacu bidang 60"
- Interfacing fabric (kain lapik yang biasa digunakan untuk buat kolar)
- 15" zip
- aksesori beg (2 buckle 1" untuk sambung tali, 1 buckle 1" untuk laras panjang tali)
*untuk tali boleh cabut tambah 2 lobster clasp, tukar buckle petak kepada buckle bentuk D

Pola beg untuk ukuran di atas:

Kain dilipat empat dan potong ikut pola
- 2 helai kain belacu
- 1 helai interfacing fabric

Bukaan pola akan dapat seperti berikut:

- Lekatkan salah satu kain belacu dengan interfacing yang telah dipotong. Kain ini akan jadi bahagian luar beg manakala satu lagi jadi lining dalam beg.


Pola untuk poket:



Untuk poket di bahagian luar dan dalam; potong kain belacu ikut ukuran di atas sebanyak 4 helai.


Jahit kelim 0.5cm pada salah satu bahagian yang panjang.

Selepas jahit kelim, lipat anggaran 0.5cm bahagian sisi lain arah lipatan kelim dan seterika.
Bahagian ini akan dijahit pada kain yang telah dipotong sebelum ini untuk jadikan poket.

Jahit 2 poket pada kedua-dua kain (luar dan lining) seperti dalam gambar.


Pola untuk buckle sambung tali:

Potong kain 10cm x 7cm sebanyak 2 keping.
Lipat suku, lipat separuh dan jahit tepi, ikut seperti gambarajah.






Jahit tali buckle pada kain bahagian luar beg seperti gambarajah di bawah.


Langkah seterusnya, untuk teknik jahit zip dan sambungan beg boleh rujuk di dalam video di bawah. *Ukuran beg dalam video ini tidak sama tapi teknik untuk jahit adalah sama.

 


Untuk tali:
Potong kain 10cm x 150cm, ulang langkah yang sama seperti gambarajah (cuma tali lebih panjang).




Jahit sambung tali pada buckle yang telah dipasang pada beg.

Selamat mencuba.